Pembelajaran

Perubahan sebenar bermula dengan kesedaran yang mendalam.

Kesan perubahan iklim tidak lagi merupakan ancaman yang jauh, ia kini berlaku secara nyata di bandar-bandar kita, dalam sistem ekonomi kita, serta dalam kehidupan harian kita.

Di Ultima Impact, kami berpegang pada keyakinan bahawa setiap tindakan yang bermakna harus diasaskan dengan kefahaman yang kukuh.

Halaman pembelajaran kami menghimpunkan pandangan daripada pakar terkemuka dalam bidang sains iklim, daya tahan bandar, dan kewangan lestari.

Dengan menjadikan ilmu ini lebih mudah diakses, kami berhasrat untuk membantu lebih ramai individu membuat keputusan yang bermaklumat, menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal berlaku, serta memikul tanggungjawab dalam membentuk masa depan yang lebih lestari.

Video-video ini telah dirakam di Gaia, bangunan berasaskan kayu terbesar di Asia serta penerima Anugerah UNESCO Prix Versailles 2024 bagi Kampus Tercantik di Dunia. Terletak di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura, Gaia merupakan manifestasi komitmen universiti terhadap pembangunan lestari melalui penerapan teknologi pembinaan kayu rendah karbon yang inovatif dan berpandangan jauh.

Pakar Pilihan

Action List Photo

Profesor Benjamin Horton

Doktor Falsafah (PhD), University of Durham
Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA), University of Liverpool
Dekan, Sekolah Tenaga dan Alam Sekitar,
City University of Hong Kong

"Perubahan iklim memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan kita. Siri ini memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memahami sains dan urgensi di sebalik keputusan yang perlu kita hadapi."

Encik Constant Van Aerschot

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Cranfield University
Sarjana Sains (MSc), ETH Zurich
Pengarah, Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan (World Business Council for Sustainable Development)
Profesor Madya Sambilan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serta Pensyarah Jemputan di INSEAD, ESSEC, SMU dan Universiti Nasional Singapura (NUS)

"Kelestarian wajar menjadi teras kepada cara kita berfikir, bukan semata-mata kepada tindakan kita. Saya berharap siri ini dapat menggalakkan lebih ramai individu, khususnya mereka di luar bidang alam sekitar untuk menyedari kepentingan isu ini dalam konteks perniagaan, dasar awam, dan kehidupan seharian."

Penolong Profesor Perrine Hamel

Doktor Falsafah (PhD), Monash University
Sarjana Kejuruteraan (MEng), École Centrale Nantes
Penolong Profesor, Sekolah Alam Sekitar Asia, NTU
Penyelidik Utama, Earth Observatory of Singapore

"Penyelesaian berasaskan alam semula jadi merupakan idea yang paling mudah dan paling kompleks dalam kerja saya, ia bersifat intuitif dan berakar daripada proses semula jadi, namun turut merangkumi dimensi sosial, ekologi dan ekonomi yang rumit. Sebagai seorang profesor, saya berusaha membina kefahaman bersama tentang kekuatan dan keterbatasan pendekatan ini, kerana meningkatkan kesedaran merupakan langkah pertama ke arah menjadikan penyelesaian ini sebahagian daripada dasar dan amalan arus perdana."

Profesor Madya David Lallemant

Doktor Falsafah (PhD), Stanford University
Sarjana Sains (MS), University of California, Berkeley (UC Berkeley)
Ijazah Sarjana Muda Sains (BS), Massachusetts Institute of Technology (MIT)
Profesor Madya, Sekolah Alam Sekitar Asia, NTU
Penyelidik Utama, Earth Observatory of Singapore

"Kita sedang hidup dalam era krisis yang bertindih. Memahami risiko bukan sekadar bertindak balas, tetapi tentang membekalkan masyarakat dengan alat yang betul untuk merancang dan menyesuaikan diri. Saya berharap siri ini dapat memperluas akses kepada pengetahuan tersebut agar lebih ramai dapat memanfaatkannya."